Search Engine

Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Februari 2018

Kasih seorang Ayah

Malam ini saya sedikit emosi setelah menonton filem Bisik pada Langit. Sedikit sinopsis mengenai cerita ini di mana kehilangan seorang anak di mata seorang ayah. Saya menangis dan mata saya berkaca ketika menonton. Filem ini sangat bagus kerana memberi kesedaran kepada masyarakat kita khususnya di Malaysia dan umumnya seluruh dunia. Kita sekarang sering terleka dengan teknologi sehingga kan lupa mengenai nilain nya kasih sayang terutamanya kasih sayang kepada keluarga.
Kasihnya seorang ayah yang sangggup melalukan apa sahaja untuk anaknya terutamanya anak perempuan. Mereka lah yang mewalikan dan mereka juga la yang akan merasai kesedihan tatkala menyerahkan anak mereka kepada bakal suami anak nya. Selalunya kita tidak akan nampak dan mereka tidak akan mempamerkan apa sahaja emosi yang mereka rasa di hadapan kita. Tetapi mereka lah yang paling mudah tersentuh ketika berbicara tentang anak mereka. Kasihnya seorang ayah berpanas dan berhujan mencari rezeki demi seusap nasi untuk anak-anak dan keluarga. Besarnya perngorbanan mereka.
Jadi saya ingin menyeru kepasa semua, hargai lah mereka ketika mereka masih ada di muka bumi ini. Luangkan lah masa kita untuk kedua ibu bapa kita, Ingatlah mereka lah yang membesarkan dan ingatlah tanpa mereka siapalah kita.
Saya berterima kasih kepada penerbit dan pengarah Bisik pada langit atas nukilan yang sangat indah.Ayah, saya sayang ayah.

Sabtu, 3 Februari 2018

Laman web hacked untuk laman Web wordpress

Laman web anda di godam atau pun di 'hacked'?  Tak tahu macam mana hendak memperbaiki semula laman web anda. Di sini saya ingin berkongsi sedikit cara untuk membaiki semula laman web anda. Caranya tidak lah terlalu susah atau rumit. Walau bagaimanapun, ia juga memerlukan pengetahuan bagaimana hendak memulihkan semula laman web anda kepada biasa.

Sebelum kita lakukan proses pembaik pulih. Kita perlu backup semua fail untuk laman web anda dan juga database. Bahagian ini sangat penting kerana jika terdapat masalah ketika membaiki nya kita boleh rolled back dengan memasukkan semula data yang telah di simpan atau pun backup sebelum ini.

Langkah 1: Backup fail dan database
Pada semua pemilik laman web di seluruh dunia perlu tahu bagaimana hendak backup data dan fail web dari server. Ada beberapa cara untuk backup data, di mana anda boleh backup melalui control panel seperti cPanel atau Plesk etc. Selain itu, anda boleh backup menggunakan FTP untuk download dari server. Untuk database pula, anda perlu backup menggunakan phpMyAdmin.

Langkah 2: Mengkaji fail mana yang sudah di hacked
a. Cari fail
Pertama sekali anda perlu cari fail mana yang paling baru sahaja di tukar. Kenapa? Kerana dari sini anda tahu apa yang anda telah di tukar oleh hackers. Contohnya index.php kadangkala mereka ubah atau pun tambahkan iframe coding. Di sini anda sudah tahu apa yang perlu di buat.

b. Plugins
Wordpress adalah salah satu jenis laman web yang sangat senang di hacked melalui plugin.

c. Theme
Wordpress theme juga salah satu sebab kenapa laman web anda di hacked. Jika theme developer tidak lagi melalu kan pengubahsuaian, jadi ini sangat mudah untuk membuka peluang hackers kerana kita telah buka "security hole"

Langkah 3: Apa yang perlu di lakukan setelah di hacked
a. Upgrade Wordpress version anda
Pastikan anda update versi Wordpress anda kepada versi yang paling baru kerana Wordpress telah mengubahsuai dan mengetatkan lagi keselamatan Wordpress itu sendiri.

b. Upgrade Plugins dan Theme
Pastikan Wordpres plugins dan Theme juga selalu up-to-date kerana ini akan menyukarkan hackers untuk mencari peluang atau security hole.

c. Kata laluan Wordpress
Salah satu sebab kenapa di hacked juga adalah password. Elakkan untuk meletakkan kata laluan yang sangat mudah di jangka oleh hackers


Khamis, 11 Januari 2018

Tahun Baru 2018

Tahun baru 2018 mungkin bagi sesetengah dari kita sangat gembira kan. Tapi tidak bagi aku. Tanggal 10 Januari 2018 adalah titik hitam juga bagi diriku. Mereka yang ku gelar keluarga layan aku seperti sampah. Nak kata macam drama pun ada. Ya macam drama yang kita selalu tengok kat tv. Aku datang dengan harapan aku nak jumpa dengan kawan yang selama ni sama susah senang dan aku tau dia tidak sihat. Aku nak sangat jumpa dia, rindu sangat dengan dia. Dah berbulan aku tak dapat jumpa dia. Apa salah aku? Aku nak jumpa sekejap je nak tengok dia. Aku tak tahu mana salah aku, mereka layan aku macam ini. Aku di biarkan berdiri di luar hampir sejam dan aku memberi salam tidak putus. Hampir hujan dekat luar sebenarnya, angin luar sangat sejuk tapi aku tetap gagahkan diri berdiri kat luar menunggu memberi salam tidak putus. Aku tahu mereka ada di dalam rumah tapi seorang pun tak nak bukakan pintu untuk aku. Aku nampak ada yang turun ke bawah tapi naik balik bila nampak aku kat luar. Akhirnya setelah sejam ada seseorang balik, balik dah nampak aku semestinya tak boleh elak lagi dah. Aku nampak siapa yang turun tadi aku mintak nak jumpa sekejap tanya kenapa dia buat begini kat aku apa salah aku. Aku mintak anak buah nya panggil kan dia. Dia menjawab dia penat nak tidur. Yang aku kesal, dia antara yang paling rapat dengan aku dalam family ini selain sahabat ku sendiri. Begini nilainya aku pada dia pada mereka. Ya Allah.

Selalunya bila tiap kali aku datang ke sana, mereka akan selalu kata tidurlah sini dah malam. Tapi kali ini, mereka berkata balik lah 'dia' pun tak ada kat rumah balik kampung. Aku tidak percaya sebenar mereka balik kampung sebab aku nampak sisa makanan kat ruang tamu rumah sama macam cara mereka makan. Mereka baru sahaja keluar sebab tak nak jumpa aku. Apa salah aku sampai macam ni mereka buat aku? Aku bertanya kenapa? Mereka tiada jawapan untuk ini, mereka hanya berkata move on lah, lupakan dia. Macam mana aku nak lupakan sahabat yang selama ni dengan aku tiap hari dengan aku. Dia dan mereka adalah family bukan orang luar bagi aku.

Dugaan ini sangat besar bagi aku, sebab aku dah anggap mereka family. Orang yang dah bersama aku selama berbelas tahun. Aku tak sangka ini akan terjadi. Aku tak sangka begini teruk layanan mereka terhadap aku. Aku tak sangka mereka yang selama ini aku sanjung memperlakukan sebegini. Aku dengan mereka bukan orang luar. Tapi mereka sedarkan aku yang aku ni bukan siapa siapa dengan mereka. Waktu mereka susah, waktu mereka sakit, waktu mereka perlukan pertolongan, aku sentiasa ada. Selalu ada. Silap aku terlalu sayangkan mereka dan akhirnya aku yang sakit.

Ya Allah ya tuhanku, hanya tempatmu ku mengadu. Kuatkan la hatiku, kuatkan la diriku ini. Sungguh aku tak dapat menahan orang yang sangat dekat dengan aku layan aku sebegini kejam. Terima kasih kerana menyedarkan aku Ya Allah. Kalau tidak aku masih sia-sia kan hela nafas ku untuk mereka yang tidak tahu menghargai apatah lagi berterima kasih padaku.
Semoga hidup ku kini lebih tenang dan bermakna. Doa kan aku :'(

Selasa, 7 Mac 2017

Kehidupan

Saya nak bercerita sedikit pengalaman kehidupan saya memandangkan ini blog saya. Hidup ini bukan macam drama Melayu yang selalu kita tengok. Untuk pengetahuan anda semua la, saya masih bujang belum ketemu jodoh hendaknya. Ada yang mengatakan bila lambat kahwin, anak dara tua la tak laku la. Betul tak? Ada tak orang di luar sana pernah memandang atau berada dalam situasi seseorang itu sebelum menjatuhkan hukum.

Semua yang terjadi ada sebab dan musababnya. Mungkin sesetengah orang takut dengan perkahwinan itu kerana melihatkan perkara sekeliling yang terjadi. Mungkin juga pengalaman lalu yang membuatkan mereka takut dan lebih selesa dengan status bujang.

Pengalaman apa yang saya cuba sampaikan sekarang adalah pengalaman hidup seseorang itu sendiri. Nanti ada pula yang mulut-mulut di luar sana akan cakap, ala lain orang lain. Jangan sebab kita tengok orang kita sekeliling ada pengalaman pahit dalam perkahwinan, nasib kita sama. Ya, memang saya boleh cakap yang nasib masing-masing lain. Tapi disebab kan itu, kita harus berjaga-jaga, tak nak perkara yang sama terjadi pada diri kita. Ada pepatah mengatakan "Lebih baik mencegah dari mengubati" dan konsep ini sama tentang perkahwinan juga.

Oleh itu, ingin saya menegaskan di sini, jangan cepat menjatuhkan hukum, menjatuhkan title pada seseorang. Kita tidak tahu kenapa dia begitu dan jangan lah kita menambahkan lagi bermacam-macam perkara kepada mereka.

Kesimpulannya, doakanlah yang terbaik untuk semua orang, berfikirlah yang baik-baik sahaja. Ingatlah dunia ini hanya pinjaman dan sementara. Apa yang kita ada tidak kekal lama. Kalau Allah hendak ambil sekelip mata sahaja.