Search Engine

Memaparkan catatan dengan label kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurus. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2016

Cara-cara untuk Kurus

Di sini saya hendak berkongsi sedikit petua yang anda boleh lakukan untuk kurus atau pun mengekalkan berat badan anda yang ideal. Tapi perlu di beri perhatian adalah keinginan anda sendiri untuk kurus dan anda juga haruslah kekalkan displin dalam pengambilan pemakanan dan senaman atau aktiviti harian. 

1. Senaman yang berterusan

Senaman perlu untuk mengekalkan berat badan ideal dan untuk menguruskan badan anda. Ini kerana pergerakan badan itu perlu untuk membakar kalori yang diperoleh dari makanan/minuman. Senaman yang disarankan adalah dengan membuat bangkit tubi setiap pagi ketika anda bangun tidur. Selain itu, anda juga boleh melalukan senaman dengan hanya berjalan 30 minit sehari secara berterusan.


2. Minum air masak/mineral

Meminum air masak adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Untuk pengetahuan anda, dengan meminum air masak paling minima 8 gelas sehari boleh mengurangkan 3 kg berat badan anda dalam masa 3 bulan. Waktu yang paling di sarankan untuk minum air masak untuk tujuan menguruskan badan adalah pada awal pagi ketika anda bangun tidur, sebelum anda makan sekurang-kurangnya minumlah satu gelas air dan sebelum tidur.


3. Perlu ambil makanan pagi

Tahukah anda makanan pagi sangat penting dalam pemakanan seharian anda. Jangan tinggalkan makanan pagi ini kerana mengikut satu kajian orang yang tidak makan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang makan pagi.

Ini adalah kerana sarapan pagi menstabilkan kadar hormon dan gula di dalam darah dan waktu pagi juga adalah waktu kadar metabolisme meningkat untuk membakar kalori.


4. Rehat secukupnya dan elakkan stress


Selalunya seseorang yang stress atau kurang rehat dengan cukup lebih cenderung untuk berat badan naik. Tekanan adalah salah satu punca risiko seseorang jatuh sakit. Jadi, elakkanlah sumber stress. Jika anda stress ketika di tempat kerja, rehat lah secukupnya dengan tidur lebih awal. Tidur tidak tentu atau tidur lambat, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.


5.  Kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi

Anda perlu mengelakkan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Kalau boleh tukarkan nasi kepada juadah yang lain yang kurang kalori. Ataupun ambil nasi dalam portion yang sedikit.

6. Lebihkan makanan berkhasiat dan kurangkan daging dalam pemakanan

Diet yang paling mudah adalah lebihkan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan daging kerana daging merupakan salah satu makanan yang mempunyai kalori yang tinggi.

Kata nak kurus kan? Jadi perlulah melalukan pengorbanan sedikit. 


7. Amalkan minum teh hijau atau lemon dicampurkan dengan air suam

Teh hijau atau pun lemon meningkatkan proses pencernaan jadi dengan mengamalkan minum air teh hijau atau lemon selepas makan mampu menguruskan badan anda


8. Makan dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit

Makanlah dengan kerap dengan kuantiti sedikit adalah lebih baik daripada makan 3 kali sehari tapi makan dengan kuantiti yang banyak.