Search Engine

Memaparkan catatan dengan label angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label angin. Papar semua catatan

Selasa, 5 Januari 2016

Angin Dalam Badan


Kita seringkali rasa kurang selesa dan terjejas di sebab kan angin dalam badan. Bukan sahaja anda di luar sana, saya jugak turut merasakan perkara yang sama. Kesihatan kita akan terjejas di sbabkan oleh angin dan ini terjadi kepada semua tanpa mengira usia. Ada setengah mengatakan istilah angin ini disebabkan angin daripada usus, sendawa, kembung perut, mudah senak atau memulas perut, sakit kepala dan sengal otot dan badan. Jika masalah angin tidak dapat dikawal, atau dibiarkan saja, masalah angin akan menjadi satu gangguan kesihatan yang boleh melarat dan menjejaskan aktiviti harian anda.
     Untuk pengetahuan anda, setiap dalam badan manusia ada mempunyai angin. Kita tidak boleh terlepas atau lari darinya. Angin dalam badan juga berfungsi sebagai sel darah untuk beroperasi. Sel darah bawa dan hantar oksigen keseluruh tubuh kita. Oksigen dari udara itulah angin. Jika oksigen tidak boleh bergerak/tersangkut, terjadinya angin dalam tubuh yang menyakitkan. Ia berpusing didalam tubuh, lalu tersekat dan berkumpul  disuatu tempat. Tempat tu akan rasa sakit, menyucuk-nyucuk, lenguh lenguh adakala menjadi kebas. Jika ia terhenti di sendi-sendi, ini akan mengakibatkan  asid berlebihan akan tersekat dalam badan. Asid ini dekenali sebagai asid uric. Angin jika lama dibiarkan akan menjadi bengkak. Kebanyakkan angin ditubuh ada diperut kerana apa saja yang kita makan dan minum akan pergi ke perut. Angin juga boleh mengundang sakit jantung, semput/asma, dan sakit paru paru. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang bagaimana angin dalam badan boleh menganggu kita dan bagaimana untuk mengelakkan nya.

Angin dalam badan akan mengakibatkan:-
1) Kita sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
2) Insomnia (masalah tidur), mata jadi merah
3) Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
4) Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
5) Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
6) Masalah sendi - lenguh lenguh badan
7) Toksin dalam badan membuatkan anda rasa letih, lesu dan mengantuk
8) Terasa senak perut, tidak lalu makan dan mual
9) Seluruh badan, mata dan kepala rasa menyucuk-nyucuk
10)Tidak boleh melihat benda-benda terang seperti cahaya lampu, tgk tv dan membaca

Angin boleh di hindarkan dengan:-
1) Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi dan mudah hadam
2) Elak makan sayur yang bewarna putih spt bunga kobis, kobis, taugeh, baby corn dll
3) Kurangkan minum minuman yang berkafin spt kopi & teh
4) Kurangkan makan makanan yang berlemak
5) Amalkan senaman setiap hari
6) Makan buah prune, bawang putih, minum air halia dan letak lada hitam dalam masakan
7) Buang air besar setiap hari kerana jika terkumpul ia nya akan menghasilkan asid dan terjadinya angin
8) Kurangkan makan buah yang berangin seperti nangka, cempedak, sengkuang dan makanan yang sejuk
9) Makan secara perlahan dan minum banyak air suam kalau boleh air panas suam
10) Buat urutan badan, bertungku dan bekam

Jadi jagalah pemakanan kita dan juga segera berjumpa doktor jika anda ada sebarang kemusykilan.