Saya nak buat review sedikit untuk restoran ini memandangkan anda semua juga seperti saya ingin kan tempat makan yang okay bukan sahaja setakat popular. Hujung minggu lepas saya dan adik beradik yang lain nak sambut birthday untuk emak dan kakak saya. Kali ini kami nak cuba steamboat jadi cari punya cari ternampak lah tentang restoran ini. Tapi mintak maaf saya katakan indah khabar dari rupa.
Perkara pertama yang tidak okay di mata saya adalah kebersihan restoran itu sendiri. Kita mestilah hendak kan tempat yang bersih tapi lantai restoran nampak sangat kekotoran nya dengan makanan seperti lala atau kerang yang tidak di basuh bersih, saya makan masih ada pasir okay. Macam mana kita nak berselera makan kalau kita tengok persekitaran restoran itu sendiri tidak cantik. Tapi kami dah booked terpaksa juga makan di sana.
Seterusnya adalah penghawa dingin. Kalau makan steamboat yang ada bakar mestilah anda perlu sediakan pengudaraan yang baik. Kami duduk di kawasan dengan penghawa dingin dan apabila sedang bakar asap itu memenuhi ruang makan tersebut, sepatutnya pihak restoran menyediakan terowong asap jadi asap tidak terkepung di dalam restoran.
Perkara ketiga adalah makanan tersebut, tiada udang ketika kami datang dan sekiranya anda datang lewat, makanan yang lain semua sudah habis dan tidak di isi kembali. Sepatutnya buat macam hotel selalu update bila dah habis. Dan saya tidak meggemari air yang disediakan, macam air ketika zaman sekolah. At least kami bayar mahal jugak, sediakan la air yang okay sedikit. Ini air anggur, air oren. Saya harap mungkin mereka boleh buat sedikit renovation atau pun mengambil berat dari sudut kebersihan kerana ini adalah yang paling asas perlu ada bagi sesebuah tempat makan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan