Search Engine

Memaparkan catatan dengan label petua nama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua nama. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2016

Himpunan Nama Islam Bayi Perempuan


Pemilihan nama bayi anda sangat penting kerana ia memberi makna kepada bayi tersebut apabila anda memanggilnya kelak dengan nama yang indah. Kerana nama adalah doa dan ianya juga memberi kesan kepada pembawakan diri dan anak tersebut kelak. Oleh sebab itu, memahami maksud nama yang diberikan adalah yang perlu di beri keutamaan seperti riwayat di bawah:-
Diriwayatkan oleh abu Daud dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya kamu akan dipanggil di hari kiamat dengan nama kamu. Justeru, berilah nama yang baik kepada anak kamu.”

Pilihlah nama yang sesuai untuk anak anda dan berikut adalah senarai nama pilihan indah untuk bayi perempuan bermula dengan huruf A.
1. AFIFA FITIYA
Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri


2. AFRA NAILA ARKARNA
Anak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan purnama yang menerangi hati


3. AINA TALITA ZAHRAN
Mata seorang gadis yang berkilau


4. AINIYA FAIDA AZMI
Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai pohon rimbun yang bersemi


5. AINUN MAHYA
Mata yang bersinar


6. AISHA ALIFA
Keramahtamahan yang hidup


7. AISHA FARHANA
Anak perempuan yang hidup dan bergembira


8. AKIFA NAILA
Wanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi


9. ANNISA FAIHA
Anak perempuan yang memiliki banyak kelebihan


10. ANNISA KASTURI NAIM
Anak perempuan penghuni surga yang harum bagai bunga kasturi


11. ARIQA FATINA
Anak perempuan baik budi dan menarik hati


12. ASKANA SAKHI
Anak perempuan yang baik hati dan murah hati


13. ASSYIFATU HAIFA

Anak perempuan yang bagaikan ubat penawar dahaga


14. ATHIFA FARIHAN WARDA
Anak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga mawar


15. ATIKA BALQIS AZIZAH
Ratu mulia yang pemurah


16. ATIKA ZAHRA RATIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-seri


17. ATIQA FAIRUZ KHALISA
Anak perempuan yang cantik bagai permata murni


18. AULIA IZZATUNNISA

 Anak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan

19. ADILA NISA ARDANI
Perempuan yang memiliki rasa adil dan suci 


20. ALESYA ZAHRA
Bunga mawar yang selalu di lindungi Allah


Selamat memilih. :)