Apakah itu Coronavirus (Covid-19)
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Dapatkan rawatan segera sekiranya anda bergejala seperti berikut:-
- Demam
- Batuk
- Sukar bernafas
- Kontak rapat kepada pesakit Covid-19
- Atau jika anda tinggal/pernah berada di kawasan penularan covid-19 yang telah dikenalpasti (zon merah atau negara yang mempunyai kes Covid-19
Langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19:-
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan