Sebelum saya terlupa tentang perkara ini, jadi saya memilih untuk berkongsi sedikit pengalaman saya di salah sebuah hotel di Kuantan. Kenapa saya memilih untuk berkongsi. Ini adalah kerana bagi saya tempat menginap atau pun hotel adalah perkara paling mustahak jika anda pergi ke mana-mana. Saya paling pentingkan kebersihan. Saya tidak tahu pada anda. Tapi pada saya, hotel atau tempat saya menginap harus la bersih dan tip top.
Berbalik kepada cerita saya tadi, tempat yang kami menginap adalah hotel City Times Hotel. Kami sekeluarga memilih Family Suite iaitu bilik yang paling mahal di hotel itu. Jadi jika anda bayar mahal, semestinya servisnya harus yang terbaik. Walau bagaimanapun, terlalu banyak kekurangan yang perlu di tambah baik.
Pertama sekali adalah banyak alatan di dalam hotel tiada atau tidak berfungsi. Alat kawalan jauh untuk penghawa dingin hilang dan alasan yang di beri pernah di curi sebelum ini. Alasan ini tidak boleh di pakai sama sekali. Kemudian, mandian panas tidak berfunsgi. Ini adalah perkara mustahak yang perlu dititik beratkan. Lagi satu adalah makanan, tak sedap langsung dan hanya sedikit makanan sahaja. Tidak berbaloi dengan harga bilik.
Sesiapa yang rasa nya ingin mencari bilik di Kuantan, saya cadangkan membaca dahulu review tentang hotel tersebut sebelum membuat pilihan. Di bawah adalah lokasi hotel tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan