Kulit muka yang kasar dan kering sering kali merimaskan. Saya percaya berbagai cara moden kita lakukan, namun kadang-kadang hasilnya mengecewakan. Di sini, saya cadangkan anda cuba cara tradisional, selain perbelanjaanya murah, senang sahaja pengunaan atau caranya.
1. Kuning telur menghaluskan kulit muka
Amalkan menyapu campuran kuning telur ayam dengan minyak zaitun. Biarkan selama 3 atau 4 jam di wajah anda. Bersihkan dengan menggunakan air suam diikuti dengan ketulan ais secara perlahan-lahan. Jadikanlah petua ini sebagai amalam harian. Pasti hasilnya meggembirakan anda.
2. Khasiat Petai Cina
Dapatkan daun petai cina yang muda. Bersihkan dan ramaskan nya di telapak tangan anda, seterusnya sapukan ke seluruh bahagian muka. Sebaik-baiknya lakukan sebelum mandi. Setelah beberapa minit, basuh muka dengan air sejuk yang bersih.
3. Tomato dan timun
Untuk mencegah muka anda dari di tumbuhi jerawat, anda boleh menggunakan sayur-sayuran seperti tomota dan timun, Potong sayur tersebut nipis-nipis dan tampalkan ke wajah anda. Biarkan untuk seketika dan seelok-eloknya jangan gerak-gerakkan muka anda sewaktu lakukan rawatan ini. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air sejuk.
4. Teh melembutkan muka
Air teh bukan sahaja sebagai bahan minuman semata-mata namun ia juga mampu melembutkan wajah. Rendamkan beberapa sudu teh ke dalam 2 gelas air. Embukan semalaman. Sapukan ke seluruh muka pada keesokan pagi sambil berselawat tiga kali. Kesannya pasti tidak mengecewakan.
5. Pulut hitam menghalus kulit
Selain di jadikan bubur, pulut hitam juga merupakan ramuan tradisi yang boleh menghaluskan kulit. Jemurkan sekitar dua genggaman dan kisar menjadi tepung. Campurkan bahan ini ke dalam campuran kuning telur ayam dan perahan air limau nipis. Sapukan 'Mask' ini ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Setelah kering, bilas dengan menggunakan air sejuk.
6. Kacang Soya penyeri muka
Satu lagi petua zama dulu kala ialah dengan menggunakan susu kacang soya. Rendam, kisar dan didihkan kacan soya. Masukkan ke dalam loyang dan wapkan wajah anda di dalam kepulan asapnya. Lebih elok jika balut muka anda terlebih dahulu dengan tuala bersih. Buatlah cara ini sekerap yang munkin jika anda ingin rasakan perubahan wajah anda dalam jangka waktu yang singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan